Popular Posts

Tuesday, September 28, 2010

Teknik Power

kebanyakan geng2 beladiri,termasuk aku lah,memang la nk teknik yg power2,tapi sebenarnya kalo dipikir balik,layak ke kite blaja teknik2 gitu?bukan aku nk kaitkan isu tali pinggang atau senioriti,tapi aku nk hightlight pasal asas iaitu akar.kalo akar pokok,cam taugeh,takkan la buleh tumbuh cam pokok kelapa.tu la pasal,slalunye,kene fokus pada asas dulu,tapi ramai org cakap asas tu boring,tapi,kalo asas ko tu mantap,ko blaja teknik apa pun lepas tu,dia jadi makin efektif.kalo foundation cam biskut merry,tapi belt ko tinggi, pasal,time grading ko ader,time training ko hilang,tu yg boleh timbul masalah tuh.ko ingat silibus grading jer.pahtu,bila ko dicabar org,pastu ko jadi lauk,mulalah ko nk kate silat atau taekwondo tak efektif la,tu tak efektif la,traditional la.tak praktikal lah.sebenarnya bukan teknik tu yg tak praktikal,ko tu yg tak praktikal.So,ape2 pun,pastilan ko nyer basic tu kukuh,tak susah la ko nk adapt kalo ko betul2 menghayati seni yg ko pelajari tu.

PUMA

ahh..hari nie ak tubuh grup dalam fb..harap2nyer taklah jadi grup jer..tujuan ak tubuh nie,bukan nk duit,tapi kalo org nk bayar,ape salahnyer.kira cam ak nk bagi pengenalan kepada dunia beladiri lah.tapi aku pun taklah power maner..kalo secara jujurnyer,kira aku nie average martial artist lah..tu peringkat sebelum Expert.syarat2 nk jadi expert,mesti ader pengalaman dalam real situation.sama ada ko kene kepung ramai2 dengan senjata pasal ko yg cari penyakit,ataupun org tak puas ati dengan ko.baru kira expert.beza expert ngan average,tu,kira pengalaman lah.ilmu tak jauh mana.cuma bezanya,dah test dalam real situation atau blum.ada orang,time training power,cakap gempak,tyme real,jadi blank,tak tau nk buat apa.itulah ujian kita.lama2 pandailah.sape nk blaja,bolehlah.kira,asas tumbuk dengan tendang tuh.pastu,teknik beladiri 1-2 bijik,jadilah kalau nk buat bekal.kalau banyak tapi tak keluar,tak jadi apa lah.kira banyak lagi kena blatih.kalo ader yg dah rase dia power dalam beladiri tu,boleh la kalo ko nk mengajar.tak dak masalah.tapi jangan la pulak cabar aku.bukannya aku power sangat,gitu2 aja.tapi kalo nk share ilmu,maknanya nk bertukar penumbuk sebagai pengenalan tu,boleh aja.akhirkata,aku harap,slow2 lah,kita berusaha untuk tubuhkan komuniti beladiri.tak kira lah lepas nie,korang nk gi blaja tomoi ka,tinju ka,taekwondo ka,silat,karate,kungfu,dan lain2.nie kira lebih kepada foundation ataupun core.dan juga kalo korang da pandai,bolehla blatih sama2,atau nk blatih masing2 tapi tempat tu biar skali,biar nampak hidup,itu komuniti beladiri.Sekian.

Tuesday, September 21, 2010

Prestasi Dalam Pertandingan

Dalam konteks pertandingan,bagi acara sparring,umumnya masa yang paling singkat ialah 45 saat atau 1 minit bagi 1 round.Kejohanan tertutup atau terbuka,selalunya hanya membuat satu pusingan pertandingan sahaja.Hanya peringkat akhir sahaja dibuat 2 pusingan,satu pusingan,1 minit setengah,rehat 1 minit antara pusingan.

Pertama,pastikan anda berlatih 3 teknik atau formula yang berbeza.

Bagi setiap kali anda bertemu pihak lawan,gunakan kemahiran yang berbeza.

Sekiranya anda pemain yang bersifat counter,maka counter pada tendangan yang ke-3 pihak lawan.

Sekiranya anda pemain penyerang,apabila terdapat peluang,serang bertubi-tubi,tidak kurang dan tidak lebih dari 3 kali.

Anda mestilah menggunakan 'poker face'.

Bagi pusingan pertama,sekiranya kekalahan pusingan ini tidak memberikan sebarang pingat,melainkan sijil penyertaan,lawanlah dengan 100% kemahiran yang ada.

Sekiranya anda mengalami kecederaan yang agak teruk,pada peringkat semi,atau final,eloklah anda menyerah kalah.Tetapi bagi yang jenis 'kipas susah mati sparring',maka,bersedialah untuk menjadi punching bag pihak lawan.Namun seelok-eloknya,gunakan satu jenis kick sahaja sekiranya anda cedera,dan banyakkan menunggu pihak lawan menyerang,supaya anda dapat membalas serangan tersebut.

Jangan undur kebelakang.Undur 45 darjah ketepi adalah cara yang betul.