Popular Posts

Tuesday, October 18, 2016

Makan dan Tidur Berlebihan Adalah Penggugat



Manusia memerlukan makanan dan rehat yang mencukupi. Namun sebagai seorang pendekar(kononnya lah..hahahaha :p ) saya mengalami masalah makan dan tidur berlebihan. Tamat saja kerja, saya gunakan untuk makan dan tidur.

Ia berpunca daripda saya mencontohi GOKU dalam cerita Dragonball yang banyak makan dan tidur selepas makan. Saya fikir ianya buat saya makin mantap, rupa-rupanya ia buat saya makin cap ayam. Segala fitness saya hilang!!! Boleh rujuk di masterupsi.wordpress.com

Maka dengan berat badan yang 85 kg yang asalnya 58-65 kg sahaja... Inilah dugaan. Maka selepas saya termenung panjang sambi mengisi borang tapisan keselamatan. Saya akan kuatkan semangat untuk kurangkan makan dan kurangka tidur!

Ok, saya akan mulakan push up, dan angkat dumbell...esok! hihi... Baik hari ni lah. ehh..Sekarang. Kalau esok, nanti jadi esok dan esok, tau2 dah pencen. hakhak. Itu sahaja.

Jangan mudah mengalah kalian!!! Jom Bersenam!! Otak yang cerdas datang daripada badan yang cergas! (n_n)

OK. ~Tataa~