Popular Posts
-
Dua perkara jangan ditinggalkan dalam latihan : 1.Tumbuk lurus. 2.Tendang lurus. Settle. Sbab nie ldua teknik yang amat penting...
-
aku tak joging2..makan pon tak jaga sangat..yang aku pastik..dua 3 hari skali aku sekurangnya wat training ni beberapa mini skali wat..heheh...
Thursday, August 25, 2016
Pendekar Tongkat Emas
Saya baru saja selesai menonton cerita Pendekar Tongkat Emas. Ia mengisahkan tentang kehebatan Perguruan Tongkat Emas. Dan watak utama cerita ini iaitu Dara( Eva Celia), dipilih sebagai pewaris tongkat emas. Sebagai pewaris, Dara akan diperturunkan jurus terakhir dan terunggul dalam Perguruan Tongkat Emas yang dinamakan Jurus Melingkar Bumi.
Kebetulan pula saya juga mempelajari Perguruan Tongkat Ujungan dan merupakan pewaris perguruan tersebut.
Saya tertarik dengan pesan Cempaka, iaitu guru kepada Dara, berpesan bahawa semakin tinggi ilmu seseorang semakin kerap dia diserang dari belakang.
Seni tongkat amat sukar dikuasai. Ianya mempunyai jurus2 yang bersifat ilusi untuk mengalihkan perhatian lawan, jurus2 untuk persembahan semata2 dan pelbagai aneka jurus untuk menewaskan pihak lawan.
Variasi seni tongkat amat banyak kerana keseluruhan tubuh badan tongkat itu boleh dipegang di dimanipulasi mengikut jurus2 tertentu.
Tongkat juga mempunyai pelbagai panjang yang berbeza.
Ada aliran yang menjadikan tongkat sebagai ilmu tertinggi dan ada pula yang menjadikannya sebagai asas sebelum menggunakan senjata tajam. Contohnya mahir menggunakan asas tongkat, barulah dapat mempelajari parang, atau mahir menggunakan asas tongkat panjang barulah mempelajati tombak. Ini saya lihat sebagai aspek keselamatan bagi mengelakkan kecederaan ditetak atau dihiris semasa berlatih.
Itu sahaja.
Saturday, August 20, 2016
Bruce Lee and Axe Kick
Saya tak pernah lagi lihat Bruce Lee tunjukkan axe kick atau pun chopping kick..
Adakah ianya terlalu pantas dan berbahaya?
Atau Bruce Lee tidak berlatih tendangan ini mungkin kerana dia tidak gemar menggunakan tendangan ini?
Kalau ada sesiapa yang lihat Bruce Lee menggunakan kick ini dalam mana2 video,sila maklumkan kepada saya.
Daya dan Putaran
F = ma.
F= daya
m= jisim
a=pecutan
Jadi. Caranya ialah pecut tendangan anda. Pure speed. Shadow kick. Cuba tengok penari skate atas ais tu. Pusingan tu. Jadi gaya saya ialah saya gunakan putaran sebagai sumber daya tu. Pecut dan lancar. Accelerate and Deliver.
Kalau nak berguru lebih lanjut. Boleh wasap 017-9158232. :) Cakap salam Master Arif. dan seterusnya. selamat berjuang!
Subscribe to:
Posts (Atom)