Popular Posts

Tuesday, September 21, 2010

Prestasi Dalam Pertandingan

Dalam konteks pertandingan,bagi acara sparring,umumnya masa yang paling singkat ialah 45 saat atau 1 minit bagi 1 round.Kejohanan tertutup atau terbuka,selalunya hanya membuat satu pusingan pertandingan sahaja.Hanya peringkat akhir sahaja dibuat 2 pusingan,satu pusingan,1 minit setengah,rehat 1 minit antara pusingan.

Pertama,pastikan anda berlatih 3 teknik atau formula yang berbeza.

Bagi setiap kali anda bertemu pihak lawan,gunakan kemahiran yang berbeza.

Sekiranya anda pemain yang bersifat counter,maka counter pada tendangan yang ke-3 pihak lawan.

Sekiranya anda pemain penyerang,apabila terdapat peluang,serang bertubi-tubi,tidak kurang dan tidak lebih dari 3 kali.

Anda mestilah menggunakan 'poker face'.

Bagi pusingan pertama,sekiranya kekalahan pusingan ini tidak memberikan sebarang pingat,melainkan sijil penyertaan,lawanlah dengan 100% kemahiran yang ada.

Sekiranya anda mengalami kecederaan yang agak teruk,pada peringkat semi,atau final,eloklah anda menyerah kalah.Tetapi bagi yang jenis 'kipas susah mati sparring',maka,bersedialah untuk menjadi punching bag pihak lawan.Namun seelok-eloknya,gunakan satu jenis kick sahaja sekiranya anda cedera,dan banyakkan menunggu pihak lawan menyerang,supaya anda dapat membalas serangan tersebut.

Jangan undur kebelakang.Undur 45 darjah ketepi adalah cara yang betul.

No comments:

Post a Comment