Popular Posts

Monday, November 15, 2010

ITFK

Untuk dapat 'zuk' dalam pattern,menurut kata POk loh,,kene blatih Saju jirugi,chon ji,dan gun,setiap satu sebanyak seratus kali.

GRading di MRSM Pengkalan Chepa..

14/11/2010,isnin,,Master Arifin Zain,Pak lah,Hakim,Sani,Azrai,Adel,dan aku sendiri merupakan antara benteng ITF Kelantan,turun padang utk ujian kenaikan tali pinggang.Kami demo jurus(pattern) dan saya dan pak lah buat demo sparring,Selain itu ada taklimat sket.sempoi nyerlah..lps tu,kami mkn kuetiaw kerang bersama2 di kedai,,sambil sembang2,then mlm,kami berbincang pasal ilmu persilatan pelbagai aliran,seni tongkat dan juga boxing siam.

Tuesday, November 9, 2010

Apakah itu???...

Kencing Anjing,Gasing,Libas Pari,Minum Air,Pusing Kelantan...haha.

Saturday, November 6, 2010

Blackbelt Bertambah Lagi....

5/11/2010,Jumaat,grading bermula lebih kurang jam 9 malam di rumah Master Ariffin Zain.Ramai gak lah yg grading mlm tu.Adik Paiz Golok dan adik aku amek 1st Dan,Tok Imam amek Red.Ada 2 player yg jadi berserk malam tuh akibat tak leh kawal sparring,,pertempuran terpaksa dihentikan dengan paksa,,hehe,,very interesting to see,,ape2 pun,semuanya hepi ending.(n_n)

Friday, October 29, 2010

Aktifkan Dirimu...Taekwondo Excellion!

Akhirnya,syukur kepada tuhan,bahawa aku selamat sampai ke rumah.Maka,bermulalah tanggungjawab dan komitmen yang perlu dilaksanakan.Makluman penting pada kali ini ialah,Hanif(1st Dan),ingin kembali aktif dalam arena taekwondo.Dia nie yang yg ajak aku masuk taekwondo ITF mase aku form 4 dulu,mase tu aku nk sambung WTF,tapi kerana pujukan bercampur paksaan,aku masuk ITF.Kini masa cuti nie,aku akan melepak di rumah Presiden ITF Kelantan utk mengajar kembali pattern2 yg mereka lupa,haha..atau dgn kata lain,blatih bersama2.Antara yg terlibat ialah Afif(2nd),Hanif,Aku sendiri,dan Amalin(1st) juga dikatakan akan turut serta.Dan sudah tentu ada lagi yg lain.heheh.

Tuesday, October 26, 2010

Zankiiryu Alizarin of Tessaiga...Excellion!

haha..gelaran yg aku reka dan bagi kat diri sendiri..teringat zaman2 betul2 fanatik taekwondo...nnti rasa macam nk bangkit kembali kut...tapi tu gelaran utk sparring..skarang nk fokus pattern betul2,nk ekstract setiap pattern,cari makna tersembunyi ibarate puzzle,nk fikir aplikasi utk self defense..

Seminar Taekwondo Master Chew,8th Dan

Mungkin ramai yg tidak perasan atau tidak tahu,tetapi Master Chew adalah salah seorang legenda dunia taekwondo.Beliau juga merupakan salah seorang perintis taekwondo ITF di Malaysia.Banyak petua yg saya dpt,contohnya sebelum blockin,cross adalah pada paras rusuk.Kemudian beliau menunjukkan aplikasi reverse knife hand dan jugak latihannya.Selain itu,Master Chew mengajar cara2 melakukan sine-wave dengan betul,dan juga rahsia tendangan supaya lebih kuat.Beliau juga menceritakan sedikit sebanyak tentang liku2 hidup beliau yg pahit dan mnis semasa sy menemuramahnya secara sembang2 sewaktu semua pelajar seminar sudah pun pulang.Di samping itu,beramah-mesra dengan Master2 lain supaya apabila hatinya gembira,maka ilmu yang dipelajari daripada mereka juga diberkati or blessed.huhu...Seminar ini hari ahad lepas,2 sesi,pagi dan petang.24/10/2010.Turut serta ialah Ariffin Husin(6th Dan),Ghani(6th Dan),Yaw(6th Dan),
????(6th Dan),Siva(2nd Dan).Semoga Master Chew sentiasa sihat dan harap sy dapat berjumpa beliau lagi untuk mendapatkan tunjuk ajar dan petua2 berguna.

Sunday, October 24, 2010

Grading White Belt and Few Yellow Belts

Yesterday,on Saturday morning,I was given order by Master Ghani and Master Ariffn both are 6th Dan blackbelt holder to take command of the grading.It's a bit tiring but it's a good refreshment since it's been a while I've taken command and this is the first time outside of my state,Kelantan.Now,I did it in UPSI,Perak.The grading sillabus here for white belts are,Saju Jirugi,Saju Makgi,rising kick,and front kick.For yellow belt,Chon Ji and Dan Gun,for green tip are Chon Ji,Dan Gun,Do San..For kicks,side kick and turning kick

I guess that's all.

Saturday, October 23, 2010

Pattern And Problem

Pattern or we call it tul,is an systematically organized movement that has been created by Gen.Choi Hong Hi and are assigned to taekwondo user to be learned according to their belt rank.The higher their rank,the movement are getting more complec and harder to execute it in the correct way.From my observation,most of UPSI students have problems with their patterns.This is referring to colour belt holder.They have trouble of doing the correct L stance and walking stance.Besides,the double knife hand guarding block is also executed in a bit off from the correct method.What I'm going to emphasize here is,to do a pattern correctly and to display it's profieciency,they need to do a lot of hard work and how they do they work is also plays an important role.

I suggest that,each of the movements in a certain pattern or tul,are to be perfected separately.In other words,Part-Part-Whole.By doing this way,We can observe the Technical contents of each movements.The sine wave is also needs to be done correctly.It might seems ackward,but the more you do it,the better you are.It is highly suggested that they have a person who can person pattern with a good display of techniques,so that they can learn by copying it.

There are senior colourbelts that have a bit of difficulty in executing a checking kick or we can call it double side kick with a single leg,different heght,which is low and high.I believe that they are too focused on the speed on they kicking too much that they are neglecting they technical contents.Personally,I think that it's a bit shame.Well,they will get better,but it's going to take a really long time to fix it once it has become a habit.

So,if I might come across them during their training time,I'll try to fix it.The Master that teaches them are a very good and great instructor as I get tips and hints from him for me to perform pattern in a better way.But,it seems that the problem comes from the student itself.I think that maybe deep inside their heart,they just do taekwondo for leisure,not for improvement.It's a good thing if they do it for leisure as it can get's them in shape.But,their proficiency in taekwondo are going to increase a very slow pace.

However,doing taekwondo is one of the way to release stress and can be practised anywhere as one part of their everday lifestyle.

Friday, October 22, 2010

White Belt ITF,The Foundation

In my place,Kelantan,Malaysia,there are certain method to teach the white belt students.Firstly,they need to learn how to guarding block.Then,they will learn low block and punch while taking a step forwad.Until they can do walking stance and low block correctly,i will not teach them the fisrt foundation of pattern,that is Saju Jirugi.

Then,after doing saju Jirugi correctly,they will learn how to do low knife hand block and inner block.After that,then i will proceed to teach them Saju Makgi..The similarities between both of these foundation,that is Saju Jirugi and Saju Makgi is,all of their movements are executed using walking stance only.

General Choi Hong Hi,Founder of ITF Taekwondo says,"Pattern is The Seed of Taekwondo,Without Patern.Taekwondo Does Not Exist".

Thursday, October 21, 2010

Kejohanan

Dengar2 cerita,anak2 murid dibawah tunjuk ajar Nasrul Hakim dan Sholin,menyertai kejohanan,,hmm x tahulah ak pasal xder detail pasal kejohanan..dapat tau gitu2 jerk dari facebook.harap2 diorang perform dan dapat banyak pengalaman diorang serta dapat menyedari tahap kemahiran diorang dalam taekwondo.dan kejohanan ini menjadi kayu pengukur kepada keupayaan mereka bagi menilai prestasi yang akan mereka pamerkan dalam kejohanan yang akan datang,serta pada tahun akan datang,dapat membawa balik pingat semasa Kejohanan Taekwondo MRSM Se-Malaysia peringkat kebangsaan.

Wednesday, October 20, 2010

Tujuan Belajar Taekwondo

aku blajar taekwondo atau dengan kata lain,sbg pengamal tkd adalah sebagai salah satu dari gaya hidup yg sihat..bagi aku lah,ramai org bersukan dengan main macam2,tapi ak x minat bersukan,so,ak jadikan beladiri sebagai medium utk ak mengeluarkan sedikit peluh utk kesihatan.



Teringat pulak cerita ak masa mula2 masuk tkd time form 1 di mrsm kkb,hulu selangor.masa tu,ak nk pilih antara tkd ngan silat,tapi ak pilih tkd kerna ak fanz citer dragonball,maka gerakan dlm tkd lebih menyamai hero2 dragonball,bagi persepsi ak pada masa itu,dan banner yg diorang letak jugak memang agak gempak lah,,huhu..dan beberapa ketika kemudian,ak menjadi org yg slalu panggil Sir,hampair tiap2 minggu kene call nk gitau ader klas tkd..best jugak,bukan blaja sebab nk blawa atau gaduh ngan saper2 time tue,

,tapi just nk enjoy,dpt kenal ngan kwan2 baru,dan sebagai medium utk bersosial,,well,maybe sebahagian besar hidup ak mmg da x leh lari dari seni beladiri,sbab time kecik2 pun slalu tgk citer bruce lee..

Monday, October 11, 2010

Macam Nampak Orang Gila Rupanya....

hari nie,atau semalam lah kalo nk lebih tepat,jam 9 mlm,11/10/2010,ak nampak ader sorang awe tgh blatih silat sorang2 dlm gymnasium,,time tu ak dan grup ak tengah berlatih gymnastik kerana ade pertandingan gymnasradar sempena konvokesyen lusa.iaitu selasa malam jam 8..slalunya ak yg blatih sorang2 dlm gym,dan disekelilingku ade org maen badminton,pingpong,ade masuk dlm bilik gym maen angkat berat.so,ak x tahulah apa pandangan org terhadap ak,,jadik bila nampak awek nie training sorang2,aku pikir,apehal die nie training sorang2,sunyikah,gilakah?kemudian tringat yg ak pun gitu..owh,,mungkin itu yg org pikir pasal ak kot..heheh...tapi ak dah slalu wat camtu,,da jadi regular,,org x hirau dah pon..kemudian barulah ader pompuan laen dtg,,iaitu Ayu,org yg trening awek tersebut..power Ayu nieh,,kira boss kelab silat upsi ler..pastu time g turnament,mesti die bawak balik emas kalo die lawan.heheh...tu jelah yg ak nk share...ape2 pun,semangat itu penting.Akhir kata,"Will is Not Enough,You Must Do".

Thursday, October 7, 2010

Antara Bisa Dan Biasa

Sesuatu teknik hanya diketahui bisa,apabila terkena seseorang.Dan teknik yang berbisa dapat dilakukan dengan menggunakan teknik yang biasa tetapi latihan yang dijalani adalah luarbiasa.Meskipun terdapat teknik yg berbisa yang boleh membunuh dengan sekali pukul tetapi kita sebagai pengamal beladiri tidak boleh guna teknik tu..kene pandai bezalah..kita belajar The Art of Self Defense,bukan The Art of Killing.skill self defense tu lah kita kene blatih biar jadi bisa..maknanye skali pukul je org da x leh bangun,,tapi bukan 'jalan terus'..itu da lebih tue..haha..jangan obses utk mengetahui semua skill yang ada,sebaliknya,berlatihlah yg mana ada..ada sebabnya tuk guru x ajar ag..okey?

Wednesday, October 6, 2010

Gimnastik Artistik

wah...best jugak ikhtisas nie..ramai yg power2..tapi aku x dapat ag wat front flip..tapi hari nie,,aku dapat wat back flip..kira enjoy la kelas nie..hahha..tapi unsur tarian daro grup no.2 nampak ag mantap..latihan seterusnya ialah pada jumaat petang(8/10/2010),jam 4-7ptg,ahad malam,(10/10/2010),jam 8-10.30mlm,dan isnin(11/11/2010),jam 8-10.30mlm.

Cabar Mencabar

stakat nie,aku da ade la jugak trime cabaran..secara normalnya,tentulah kite trime cabaran sbab nk tunjuk yg kite power..tetapi aku lebih ske menolak.Mungkin ade yg kate aku penakut..,mungkin juga,huhu..kalo org tanye,,aku cakap je aku takut,,bukan bermaksud aku pura2 takut.,takut sungguh pun ada.Perbezaan perspektif dalam arena beladiri membuat setiap org mempunyai persepsi dan tanggapan masing2.Bagi aku,manusia adalah insan yang lemah.walau kita mempunyai beribu teknik,tubuh yg berotot,banyak pengalaman berlawan,tetapi insan itu adalah lemah.Kalo kita kene tembak dengan pistol,tembus kita,kalau kita bawak motor atau keta,tapi cuba pejam mata 5 saat,K.O kita.Kalau terhantuk dinding,tak makan seminggu,tak minum air..maka,kita bukanlah hebat pun..bahkan kalo nk gi tandas tapi tandas jauh,,,kelam-kabut kita.Maka ilmu beladiri tidak dapat membantu kita pada masa itu...Maka,ilmu beladiri perlulah menjadi sesuatu yang dipraktikkan sebagai salah satu kaedah untuk mengekalkan kesihatan fizikal,dan juga dengan izin allah,menjadi asbab untuk kita mempertahankan diri kita dari sebarang serangan fizikal yang berlaku ke atas kita.Maka,ilmu yang ada,ajarlah,mengikut kesesuaian individu.

Tuesday, September 28, 2010

Teknik Power

kebanyakan geng2 beladiri,termasuk aku lah,memang la nk teknik yg power2,tapi sebenarnya kalo dipikir balik,layak ke kite blaja teknik2 gitu?bukan aku nk kaitkan isu tali pinggang atau senioriti,tapi aku nk hightlight pasal asas iaitu akar.kalo akar pokok,cam taugeh,takkan la buleh tumbuh cam pokok kelapa.tu la pasal,slalunye,kene fokus pada asas dulu,tapi ramai org cakap asas tu boring,tapi,kalo asas ko tu mantap,ko blaja teknik apa pun lepas tu,dia jadi makin efektif.kalo foundation cam biskut merry,tapi belt ko tinggi, pasal,time grading ko ader,time training ko hilang,tu yg boleh timbul masalah tuh.ko ingat silibus grading jer.pahtu,bila ko dicabar org,pastu ko jadi lauk,mulalah ko nk kate silat atau taekwondo tak efektif la,tu tak efektif la,traditional la.tak praktikal lah.sebenarnya bukan teknik tu yg tak praktikal,ko tu yg tak praktikal.So,ape2 pun,pastilan ko nyer basic tu kukuh,tak susah la ko nk adapt kalo ko betul2 menghayati seni yg ko pelajari tu.

PUMA

ahh..hari nie ak tubuh grup dalam fb..harap2nyer taklah jadi grup jer..tujuan ak tubuh nie,bukan nk duit,tapi kalo org nk bayar,ape salahnyer.kira cam ak nk bagi pengenalan kepada dunia beladiri lah.tapi aku pun taklah power maner..kalo secara jujurnyer,kira aku nie average martial artist lah..tu peringkat sebelum Expert.syarat2 nk jadi expert,mesti ader pengalaman dalam real situation.sama ada ko kene kepung ramai2 dengan senjata pasal ko yg cari penyakit,ataupun org tak puas ati dengan ko.baru kira expert.beza expert ngan average,tu,kira pengalaman lah.ilmu tak jauh mana.cuma bezanya,dah test dalam real situation atau blum.ada orang,time training power,cakap gempak,tyme real,jadi blank,tak tau nk buat apa.itulah ujian kita.lama2 pandailah.sape nk blaja,bolehlah.kira,asas tumbuk dengan tendang tuh.pastu,teknik beladiri 1-2 bijik,jadilah kalau nk buat bekal.kalau banyak tapi tak keluar,tak jadi apa lah.kira banyak lagi kena blatih.kalo ader yg dah rase dia power dalam beladiri tu,boleh la kalo ko nk mengajar.tak dak masalah.tapi jangan la pulak cabar aku.bukannya aku power sangat,gitu2 aja.tapi kalo nk share ilmu,maknanya nk bertukar penumbuk sebagai pengenalan tu,boleh aja.akhirkata,aku harap,slow2 lah,kita berusaha untuk tubuhkan komuniti beladiri.tak kira lah lepas nie,korang nk gi blaja tomoi ka,tinju ka,taekwondo ka,silat,karate,kungfu,dan lain2.nie kira lebih kepada foundation ataupun core.dan juga kalo korang da pandai,bolehla blatih sama2,atau nk blatih masing2 tapi tempat tu biar skali,biar nampak hidup,itu komuniti beladiri.Sekian.

Tuesday, September 21, 2010

Prestasi Dalam Pertandingan

Dalam konteks pertandingan,bagi acara sparring,umumnya masa yang paling singkat ialah 45 saat atau 1 minit bagi 1 round.Kejohanan tertutup atau terbuka,selalunya hanya membuat satu pusingan pertandingan sahaja.Hanya peringkat akhir sahaja dibuat 2 pusingan,satu pusingan,1 minit setengah,rehat 1 minit antara pusingan.

Pertama,pastikan anda berlatih 3 teknik atau formula yang berbeza.

Bagi setiap kali anda bertemu pihak lawan,gunakan kemahiran yang berbeza.

Sekiranya anda pemain yang bersifat counter,maka counter pada tendangan yang ke-3 pihak lawan.

Sekiranya anda pemain penyerang,apabila terdapat peluang,serang bertubi-tubi,tidak kurang dan tidak lebih dari 3 kali.

Anda mestilah menggunakan 'poker face'.

Bagi pusingan pertama,sekiranya kekalahan pusingan ini tidak memberikan sebarang pingat,melainkan sijil penyertaan,lawanlah dengan 100% kemahiran yang ada.

Sekiranya anda mengalami kecederaan yang agak teruk,pada peringkat semi,atau final,eloklah anda menyerah kalah.Tetapi bagi yang jenis 'kipas susah mati sparring',maka,bersedialah untuk menjadi punching bag pihak lawan.Namun seelok-eloknya,gunakan satu jenis kick sahaja sekiranya anda cedera,dan banyakkan menunggu pihak lawan menyerang,supaya anda dapat membalas serangan tersebut.

Jangan undur kebelakang.Undur 45 darjah ketepi adalah cara yang betul.

Saturday, August 28, 2010

10 Kemahiran

Bagi mana-mana pakar dalam dunia beladiri,secara umumnya,sama ada secara sedar atau tidak,mempunyai 10 kemahiran iaitu :

3 kemahiran menyerang
3 kemahiran bertahan
3 kemahiran komunikasi
1 Lari................

Terpulang pada individu untuk mengisi 9 kemahiran tersebut dengan memilih mana-mana teknik yang pernah dipelajari olehnya sebelum ini.Klu ini diberi untuk difikirkan dengan secara mendalam oleh diri sendiri.Tepuk dada,tanya selera,tepuk kepala,tanda pening?? Fikir-fikirkanlah.

Friday, August 27, 2010

Fokus Latihan

Oleh kerana aku merupakan pengamal taekwondo,maka aku perlulah berlatih pattern supaya kemahiran yang ada pada diriku dapat diasah.General Choi Hong Hi,The Founder of Tae Kwon Do berkata,"Pattern is The seed of Taekwondo,Without Pattern,Taekwondo Does Not Exist".Maka fokus pada tahun 2010 yang tinggal 4 bulan sahaja lagi,akan digunakan untuk menajamkan kemahiran pattern,iaitu :

Saju Jirugi,Saju Makgi,Chon Ji,Dan Gun,Do San,Won Hyo,Yul Gok,Joong Gun,Toi Gye,Hwa Rang,Choong Moo,Kwang Gae,Po Eun,Ge Baek,Eui Am,Choong Jang,Juche,Sam Il,Yoo Sin,Choi Yong.

Diharap ada perubahan yang positif...

Apakah Seni Beladiri Yang Paling Hebat?

Persoalan di atas di tanya oleh seorang sahabat saya kepada pembentang topik
"Martial Arts : Taekwondo",dalam subjek Exercise Physiology.Kami merupakan pelajar Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan,oleh itu,setiap ahli dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil.Walaupun saya membentang topik,"Football",tetapi jawapan yang ingin saya berikan ialah,bergantung kepada pengamal beladiri itu sendiri,sungguh pun demikian,ilmu yang ada dalam dada perlulah mencukupi kerana setiap teknik kita boleh dipatahkan oleh ilmu kita dan juga ilmu dari beladiri yang lain.Maka tuntutlah ilmu dengan berguru,amallah ilmu yang dituntut,dan gunalah ilmu yang diberi dengan baik,ajarlah ilmu kepada mereka yang mahu belajar,serta jagalah jasmani dan rohani dengan menggunakan agama sebagai benteng utama.

Tuesday, August 24, 2010

Antara Ahli Beladiri Yang Pernah Saya Berjabat Tangan

Inilah antara ahli beladiri yang saya pernah berjabat tangan.Oleh sebab saya cubalah watak sampingan dalam dunia beladiri,maka,individu yang sebutkan,kemungkinan besar sudah tidak mengingati saya lagi.

0.Sir Vijindran dan Sir Sanjaykumar(WTF Negeri Selangor,2003-2005)
-grading dari putih hingga hijau

1.Ariffin Mohd Zain(Presiden ITF Taekwondo Negeri Kelantan,2006-sekarang)
-grading dari hijau hingga 2nd Dan
2.Tok Ayah Sor(Waris Mutlak PSSGM Negeri Kelantan)
3.Che Suhaili Che Soh
4.Shaiful Hakim
5.Ku Rashid
6.Tuan Sanusi
7.Cikgu Ariffin PSSGM Pahang(di rumahnya dan di kompleks belia pahang tahun 2008)
8.Master Mufti Ansari(semasa seminar gayong di UIA,tahun 2010)

Itulah yang saya ingat setakat ini..huhu..berlaku secara kebetulan kot...

Perfecting 9 Skills of Tae Kwon Do

Dalam Tae Kwon Do,anda perlulah menguasai 9 kemahiran ini bagi membolehkannya menjadi praktikal dan cukup kuat kuasa serangan supaya dapat digunakan pada saat-saat anda memerlukannya.Setiap kali anda berlatih,cubalah lakukan 50 ulangan,kiri dan kanan.Antara 9 kemahiran yang perlu dikuasai dan mengambil sehingga 10 tahun untuk dikuasai ialah :

1.Straight Punch
2.Front Kick
3.Side Kick
4.Turning Kick
5.Slap Kick
6.Back Kick
7.Hook Kick
8.Chop Kick
9.Reverse Kick

........................The Journey of a Thousand Miles Starts With a Single Step..........................................

Teknik Peringkat Yang Lebih Tinggi Dari Biasa

Pada peringkat tinggi yang dimaksudkan adalah bukan status tali pinggang atau jawatan yang dipegang olehnya dalam sesuatu persatuan,tetapi merujuk kepada kemahiran individu itu sendiri.Hanya diri sendiri yang mengetahui kemampuan diri.Oleh itu,ingin diterangkan bahawa untuk melakukan sesuatu kemahiran,kata kunci amatlah diperlukan.Dengan kata lain ialah petua atau nasihat.Untuk melakukan sesuatu kemahiran,kelembutan amatlah diperlukan.Untuk memahami dengan lebih mendalam makna kelembutan itu,cubalah anda lihat dan bandingkan pergerakan anda,kawan-kawan serta jurulatih muda dan jurulatih vetera.Saya pasti terdapat perbezaan yang ketara melalui pengamatan anda.Itulah kelembutan yang dimaksudkan.Sekiranya diterangkan dengan mendalam juga sukar untuk difahami,maka,anda perlulah menyelami kelembutan itu sendiri dan cuba untuk menguasai sesuatu kemahiran dengan menggunakan kelembutan tersebut supaya pada akhirnya,kesemua kemahiran itu dapat disimpulkan dan dapat digunakan dengan mudah seperti main permainan gunting,batu,kain.Fikirlah dengan mendalam maksud tersirat yang ingin saya sampaikan.Akan saya huraikan topik ini di lain kali.

Friday, August 20, 2010

Meningkatkan Koordinasi Mata dan Tangan

Bagi pengamal ilmu silat,koordinasi mata dan tangan amat penting untuk melakukan sebarang pukulan mahupun kuncian dengan baik.Antara latihan yang disarankan ialah melukis bulat dengan tangan kiri dan melukis empat segi sama dengan tangan kanan atau sebaliknya secara serentak.

Wednesday, August 11, 2010

Anak Murid Makan Guru

Bagiku,segala ilmu yang diajar adalah supaya muridku dapat mengatasiku,ataupun sama peringkat denganku,barulah aku dikira seorang guru yang berjaya.Namun,pada persepsiku,sekiranya muridku melawanku,menumbangkanku lalu menewaskanku hanya untuk menjatuhkan reputasi dan namaku,maka aku tidak kesal sedikitpun.Kesilapan yang dilakukan adalah kegagalannya menjadi seorang murid yang baik kerana ingin membuktikan kehebatannya lalu mencari nama.Apabila peristiwa itu berlalu,aku harap agar muridku akan menyedarinya suatu hari nanti.Minta Maaf?Itu tidak perlu,aku tidak berkira soal itu.Yang penting aku doakan agar sedikit sebanyak ilmu yang aku ajar,dapat memberi manfaat kepadamu bila tiba masanya.Sekian.

Thursday, August 5, 2010

Antara Ilusi Dan Realtiti

Sewaktu kita berlawan,atau sewaktu kita berlatih sesuatu set pergerakan,apa yang kita lihat dan rasa,selalunya tidak sama dengan orang lain.Contohnya ketika pertandingan sparring,point of view individu yang berada dalam gelanggang adalah berbeza.Ketika berada di luar,kita dapat melihat kekurangan setiap peserta yang sedang bertarung,manakala yang sedang bertarung kadang-kala tidak sedar perkara tersebut.Maka,minda yang fokus amat diperlukan bagi mentafsir sesuatu keadaan dengan betul.Cubalah berfikiran terbuka dan bersedia untuk menerima sebarang kritikan dari sesiapa sahaja sama ada positif dan negatif supaya kita dapat memperbaiki diri kita.Janganlah dipengaruhi oleh ilusi,"Aku Sudah Pandai".Beranikan diri untuk menerima kekurangan diri dengan sejujurnya.Ahli falsafah pernah berkata,"Seseorang itu menjadi bodoh pada saat dia berkata pada dirinya,Aku Telah Pandai".

P.A.R

Inilah salah satu dari ilmu yang diperturunkan oleh Master Ariffin Zain.Formula ini boleh diaplikasikan dalam seni beladiri,mahupun dalam situasi seharian.P.A.R merupakan singkatan bagi Planning,Attack,Recover.Nampak sangat mudah,tetapi mempunyai banyak makna yang tersirat.Maksudnya dari segi pemahaman peribadi saya ialah,Berfikir sebelum bertindak,Serang Secepat Kilat,dan Berundur Setelah Selesai.Falsafah ini juga boleh disesuaikan dengan kata-kata yang pernah diucapkan oleh seorang veteran guru silat seni gayong semasa di kem PLKN UUM,Sintok,Kedah kepada saya iaitu,"Buah Labu Buah Kundur,Kau Maju Aku Undur".

Pattern

Dalam taekwondo,ramai pelajar lebih memfokuskan pada sparring,dan pattern hanya dipelajari dan diingati ketika ujian kenaikan tali pinggang hampir tiba.Agak menghampakan apabila ramai tali pinggang senior yang masih tidak dapat mengingati pattern yang sebelumnya.Namun situasi ini mungkin berlaku akibat kekangan masa yang tidak mengizinkan.Walaubagaimanapun,perlulah kita ingat bahawa,pengasas taekwondo,General Choi Hong Hi amat menitikberatkan penguasaan pattern.Tanpa pattern,taekwondo tidak wujud.Dengan kata lain,seseorang yang tidak mengamalkan pattern hanyalah mempelajari kemahiran menendang dan menumbuk,tetapi tidak dapat menguasai serta menghayati "The Essence of Taekwondo" dalam diri mereka.Akhir kata,it's never too late to change yourself,and strive to improve yourself eventhough it takes time.

Wednesday, August 4, 2010

Ketenangan

Sewaktu berlatih,minda kita perlulah tenang.Ada seseorang ahli beladiri pernah berkata,seorang yang mempunyai banyak pengalaman dalam beladiri,dapat mengetahui sifat seseorang itu melalui jurus-jurus,gerakan,bunga,ataupun pattern yang dipersembahkan oleh individu tersebut.Maka,perlulah kita betul-betul meluangkan masa hanya untuk mencari ketenangan dengan berlatih.Apabila kita mencari ketenangan dengan berlatih,secaa tidak langsung kita akan menjadi tenang setiap kali kita berlatih.Dan,teknik-teknik yang dilakukan oleh kita,secara sendirinya mempunyai ketenangan yang dapat dirasai oleh diri sendiri dan juga orang lain yang melihat kita melakukan gerakan tersebut.

Peneraju Dunia Beladiri

Ramai yang berkata atau memberikan pendapat sendiri dengan mengatakan bahawa mereka adalah lebih hebat dari....................dan mereka juga lebih banyak ilmu,kemahiran dan lebih layak memegang sesuatu tali pinggang,bengkung ,jawatan atau sandang.Terdapat juga kebenaran disebalik pernyataan itu.Namun,persoalan yang timbul ialah,mengapa kita tidak menjadi individu yang mempunyai jawatan atau sesuatu yang seumpamanya?Kita patut berfikir dan muhasabah diri kita,iaitu dengan berfikir,apakah yang telah dilakukan oleh individu tersebut yang kita tidak lakukan.Ternyata,mereka lebih banyak memberikan komitmen,mempunyai nilai-nilai yang lebih baik yang menjadikan mereka sesuai memikul tanggungjawab yang diberi.Mereka sanggup mengorbankan wang ringgit demi memastikan sesuatu program atau aktiviti dapat berjalan dengan baik,meskipun mereka mengalami kerugian.Jasa seperti ini amat bermakna kepada organisasi.Tidak dapat dinafikan kemungkinan berlakunya kepincangan yang menyebabkan mereka terpaksa menggunakan wang sendiri,namun,haruslah kita berfikir dari sudut yang positif,mengambil iktibar mengenai segala kekurangan yang berlaku agar pengurusan dapat berjalan dengan lebih lancar demi kepentingan dan manfaat semua pihak.

Rakka

Konsep ini bermaksud,bagai kelopak bunga yang berguguran.Maknanya,serangan yang kuat,sehingga bunga2 pada pokok jatuh berguguran.Dengan kata lain,satu serangan yang padu,yang boleh menjatuhkan musuh dengan satu serangan sahaja.Cara untuk menguasai kemahiran ini ialah dengan menfokuskan pada satu teknik,dan berlatih sahaja teknik yang sama,sehingga mencapai tahap kekuatan yang diinginkan.Memang sangat membosankan..Tetapi,selalunya,untuk menguasai teknik ini,kebanyakan pakar beladiri pun akan memilih mana-mana teknik yang asas untuk dikuasai.

Seni Tongkat

Sepatutnya,pada pandanganku,seni tongkat adalah satu seni yang patut dipelajari oleh semua orang.Ini perlu kerana senjata yang seakan-akan tongkat mudah didapati dimana-mana sekiranya kita memerlukannya dalam keadaan terdesak untuk membela diri kita.Kata guruku,iaitu Ariffin Zain,,"kalau 1 lawan 1,okey lagi,kalau 1 lawan 2,tak berapa okey,kalau satu lawan 3,memang tak okey terus.Sebab itu kita ada tongkat.Dengan ada tongkat,kalo ada 5,6 atau 10 orang lawan kita seorang pun tak apa lagi."Beliau adalah pakar dalam Seni Tongkat Ujungan.Katanya lagi,"berapa banyak buah,atau senjata apa yang lebih banyak buah tak penting.Biar buah kita sedikit,yang penting,menjadi bila kita guna."

Monday, August 2, 2010

Kaki dan Tangan

Ada pepatah mengatakan,sekiranya dibuat perkiraan sebanyak 10 kali,maka tangan adalah 9 kali,dan kaki ialah sekali.Antara sebabnya ialah,teknik tangan lebih mudah dilatih walaupun terdapat banyak gerakan yang agak sukar untuk dikuasai.Manakala kali 1 kali bukan bermakna kekurangannya,tapi menunjukkan bahawa sekiranya seseorang ingin menguasai teknik yang menggunakan kaki sebagai serangan,maka,usaha keras dan latihan yang diperlukan adalah 9 kali ganda,barulah mencapai tahap minimum yang diperlukan untuk berlawan.Sudah tentu,banyak teknik yang memerlukan gabungan kedua tangan dan kaki,maka,teknik tersebut hanya dapat dikuasai dengan lebih baik sekiranya kita memecahkan kepada dua bahagian dan lebih fokus kepada satu-satu bahagian untuk satu jangka masa yang ditetapkan oleh individu tersebut mengikut kesesuaian dan matlamat yang ingin dicapai.

Mizu no Kokoro

Teknik-teknik yang dilancarkan perlulah mempunyai flow atau dengan kata lain,antara dua teknik,terdapat transisi yang sesuai,sekiranya bergabung,kelihatan biasa,namun menghasilkan kesan yang positif kepada kita sewaktu berlatih.Contohnya,kita bolehlah melakukan regangan dengan menggunakan gerakan-gerakan dalam silat sebagai teras.Selain itu,gerakan tersebut bolehlah dilakukan secara perlahan-lahan sambil membiasakan diri dengan pernafasan bagi gerakan tersebut.Minda juga perlulah tenang ibarat falsafah,'mizu no kokoro',iaitu setenang permukaan air yang membalikkan sinaran bulan.Apabila permukaan air tidak tenang,kita tidak dapat melihat ilusi bulan dengan baik.Maka,aplikasinya adalah sama apabila kita berlatih.

Sunday, August 1, 2010

Pengalaman

Seseorang ahli beladiri mungkin mempunyai pelbagai kemahiran atau ilmu di dalam dada.Namun,tanpa berdepan dengan situasi yang sebenar,kita tidak dapat tahu,adakah kita mampu melakukannya.Saya bukan mengatakan bahawa sesuatu teknik itu tidak berkesan,tetapi apa yang ingin saya tekankan disini ialah adakah individu tersebut mampu melakukan teknik tersebut di saat ianya diperlukan.Maka,ingin saya katakan bahawa terdapat tiga perkara utama yang harus dimilik oleh setiap ahli beladiri iaitu keberanian,teknik dan kekuatan.Apabila seseorang itu mempunyai ketiga-tiga perkara ini,maka,setiap situasi yang berlaku,pasti dapat ditangani dengan baik.3 perkara ini boleh juga diaplikasikan dalam kehidupan seharian.Kesimpulannya,pengalaman yang diperolehi mampu membuat kita berfikiran dengan lebih luas mengenai 3 perkara ini.Janganlah menjadi individu yang hanya mampu bercakap tapi tidak mampu bertindak,ibarat,"barking dogs,seldom bite".

Tunjuk Pandai dan Tunjuk Ajar

Amat berisiko sekiranya kita datang ke tempat orang lain dan menunjuk-nunjuk kemahiran kita supaya mendapat pujian serta nama.Kemungkinan bahawa tempat yang kita lakukan tersebut rupa-rupanya mereka semua mempunyai kemahiran yang lebih tinggi dari kita.Maka,akan hilang air muka kita.Oleh itu,perkara yang patut kita buat ialah meminta tunjuk ajar dari mereka di kawasan tersebut.Sudah tentu terdapat ilmu atau gerakan yang belum pernah kita lihat di tempat-tempat lain.Maka,kita haruslah berfikiran terbuka dan melihat pergerakan tersebut tanpa menilai dengan secara tidak adil pergerakan tersebut atau mencemuhnya.Jangan kita menganggap ilmu kita sudah tinggi kerana kita tidak tahu setinggi manakah lagi ilmu yang ada pada orang lain.Maka,sesuailah jika saya kata,"kalau kail panjang sejengkal,jangan lautan hendak diduga".

Saturday, July 31, 2010

Hebat dan Terhebat

Secara jujurnya,saya berani mengaku yang saya merupakan seorang yang tidak kueang hebatnya dalam arena beladiri walaupun nama saya mungkin tidaklah tersohor.Sesiapa sahaja boleh mengaku yang mereka adalah hebat,tetapi,mengaku mereka yang terhebat merupakan sesuatu yang boleh membawa bencana kepada diri.Ini boleh menimbulkan rasa irihati pihak lain dan timbul rasa keinginan untuk menjadi yang terhebat dengan mencabar individu yang mengaku dia yang terhebat tadi.Alangkah baiknya kalau semua ahli beladiri mengamalkan ilmu mereka untuk kesihatan diri serta mempraktikkan nilai-nilai murni yang ada serta saling berbincang dengan cara yang baik tanpa berlaku sebarang pertarungan yang boleh mengakibatkan kerugian pada kedua-dua belah pihak.

Motif Ke Kelas Beladiri

Ramai pelajar-pelajar pergi ke kelas sekali atau paling banyak 3 kali seminggu bagi menghadiri kelas latihan.Bagi saya,ianya satu perkara yang amat baik.Namun,dari sudut peribadi saya,kita pergi ke kelas sepatutnya lebih kepada untuk mempelajari kemahiran serta membetulkan kemahiran yang sudah dipelajari dahulu.Selain itu,masa kelas patut digunakan sekiranya ada sebarang soalan atau keraguan mengenai sesuatu teknik.Selepas tamat kelas,kita patut meluangkan masa kita untuk berlatih teknik sendiri di mana-mana tempat yang sesuai bagi menambahkan penghayatan teknik serta menguasai sesuatu teknik dengan lebik baik.Berlatihlah secara berterusan dari semasa ke semasa walaupun secara sambil bersahaja bagi mengisi masa lapang bak peribahasa,"The journey of a thousand miles starts with a single step".

Bengkung Hitam

Umumnya,ahli beladiri mengidamkan tahap ini.Suka saya ingatkan bahawa kita perlulah mempunyai kemahiran yang setaraf dengan bengkung yang kita miliki agar tidak menjatuhkan taraf seni beladiri tersebut.Pakar beladiri pernah berkata,"A Blackbelt is just a belt wore around the waist.Being a blackblect is a state of mind".Oleh itu,diri kita perlulah mencerminkan seni itu sendiri dengan mematuhi segala etika dan menghormati individu yang lebih berpengalaman dan mempunyai taraf yang lebih tinggi dari kita.

Panjang Umur

Sepatutnya,pengamal beladiri mempunyai jangka hayat yang paling panjang kerana mereka mempunyai tubuh badan yang kuat.Tetapi,mereka antara golongan yang mempunyai umur yang tak berapa panjang.Kalau umur panjang pun,badan sakit-sakit.Perkara ini berlaku kerana mereka sering saling menguji ilmu mereka dengan orang lain ataupun dengan objek keras bagi menunjukkan kemampuan mereka.Situasi ini boleh disamakan dengan pemain bola sebagai contoh.Apabila pemain bola melihat bola,sudah tentu semangatnya untuk bermain membakar dalam diri.Dalam keadaan antara pengamal beladiri,apabila mereka berjumpa dengan pengamal beladiri yang lain,timbul keinginan untuk menguji ilmu.Akhir kata,berfikir sebelum bertindak.Jangan lupa diri dan kawal diri sendiri.

Friday, July 30, 2010

Ayat Amalan

Secara peribadi,saya sarankan agar pengamal beladiri menjadikan Surah Taha sebagai amalan.Fadhilat surah Taha ialah agar hati kita menjadi lembut.Ini penting supaya kita akan berbelas kasihan terdapat orang dan tidak mudah melenting sekiranya pendapat kita disanggah atau pendirian kita tidak dapat diterima oleh orang lain.Selain itu,amalan ini akan memudahkan kita apabila orang lain memerlukan bantuan,kita akan dengan senang hati membantu mereka.

Marah dan Maruah

Ada situasi yang kadangkala membuat kita marah dan hilang maruah berlaku.Perkara seperti ini boleh mengundang bencana sekiranya situasi ini menimpa pengamal beladiri.Adalah penting bagi pengamal ilmu bela diri supaya mengawal diri mereka.Ingatlah pepatah,'Ketika Marah,Jangan berlawan,Ketika Berlawan,Jangan Marah'.Ingat,selagi hayat dikandung badan,masih belum terlambat untuk berubah.Maafkanlah kesilapan mereka walau sebesar mana sekali pun,dengan harapan tuhan akan memaafkan kesilapan kita pada hari pengadilan kelak.

Menunggu

Menunggu pihak lawan memulakan serangan atau pun menyerang terlebih dahulu setelah kita memastikan bahawa pertempuran sudah tidak dapat dielakkan lagi?Bagi seorang pakar ilmu beladiri,menunggu pihak lawan memulakan serangan adalah pilihan yang bijak.Mungkin ada yang mengatakan silat tertentu mementingkan serangan dahulu,tetapi kalau diselidik atau dihayati dengan lebih dalam,maka sifat menunggu ada pada seni tersebut.Kerana seni tertentu lebih kepada memintas serangan pihak lawan sebelum sampai,maka kita dapat lihat seolah-olah mereka menyerang terlebih dahulu.Antara kelebihan menunggu adalah supaya peluang supaya pertempuran yang bakal berlaku dapat dielakkan agar tiada pihak yang tercedera dalam situasi ini.Seelok-eloknya,selesaikan masalah dengan cara yang baik dan berunding terlebih dahulu kerana mungkin terdapat salah faham atau ada individu yang menghasut demi kepentingan tertentu.Bak kata pepatah,'akal akar,berpulas tak patah'.

Asas

Ramai pengamal beladiri berasa jemu setelah berlatih asas walaupun hanya beberapa minggu sahaja belajar.Menurut dakwaan mereka,ianya membazir masa dan mereka telah pun mahir dalam melancarkan teknik tersebut.Saya ingin menggalakkan anda berfikir sendiri situasi ini.Semoga ianya memberi manfaat kepada diri sendiri.Ada cerita mengenai dua individu yang ingin menggali telaga mengikut cara mereka sendiri dalam masa tiga bulan bagi menyumbang air yang diperolehi dari telaga tersebut untuk penduduk kampung mereka.Individu pertama menggali 9 telaga dalam masa tiga bulan manakala individu kedua menggali 1 telaga dalam masa tiga bulan dengan bersungguh-sungguh.Kalau dipandang dari perspektif seni beladiri,individu pertama mempunyai variasi teknik dengan kemahiran pada tahap sederhana manakala individu kedua mempunyai 1 kemahiran sahaja tetapi pada tahap tinggi.Sekiranya pengamal beladiri gemar menggunakan pelbagai kemahiran atau serangan berangkai,mungkin latihan pertama lebih sesuai.Namun,bagi mereka yang tidak suka berlawan pada jangka masa yang lama,latihan kedua mungkin lebih sesuai bagi mereka untuk memeperolehi kekuatan teknik bagi menamatkan perlawanana secepat mungkin.Ingin sayan ingatkan bahawa asas yang kuat amat diperlukan sebelum berlatih mana-mana kemahiran.Asas ibarat akar pokok,lebih kukuh akar,lebih kuat dan tinggi pokok tersebut mampu membesar.Apabila pokok tersebut telah matang,maka ianya akan mula berbunga dan dari bunga lahirnya buah.Situasi ini bolehlah disamakan dengan bunga silat dan buah silat.Harus diingatkan bahawa semua proses ini tidak boleh berlaku serentak dan memerlukan jangka masa yang agak lama.Oleh itu,kesabaran yang tinggi amat diperlukan supaya semua proses dapat berjalan dengan lancar.

Pernafasan

Kalau diperhatikan,semua hidupan ciptaan tuhan di dunia ini bernafas.Begitu juga manusia.Pernafasan yang betul perlulah diamalkan.Bayi bernafas dengan betul iaitu dengan menggunakan bahagian perut.Kalau diperhatikan,ketika bayi bernafas,perut mereka mengembang.Tetapi,kebanyakan orang dewasa bernafas,dada mereka kelihatan mengembang.Cara yang lebih baik adalah bernafas seperti bayi.Lihat dan belajar.

Thursday, July 29, 2010

Nilai Murni Dan Ilmu Beladiri

Seseorang yang mempunyai ilmu beladiri perlulah diiringi dengan akhlak yang baik.Perkara ini amat penting supaya ilmu yang dipelajari tidak digunakan pada tempat yang tidak sepatutnya.Hati juga perlulah lembut dan mudah bertolak-ansur.Hal seperti ini amat penting bagi mengelakkan penyesalan oleh ahli beladiri tersebut apabila mereka berfikiran kurang rational dan menggunakan ilmu tersebut tanpa memikirkan kesan kepada diri dan orang lain.Sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya.

Guru Dan Murid

Bagi saya,seseorang murid perlulah sentiasa menghormati guru.Kita tidak ingin berlaku peristiwa seperti apabila kehebatan seseorang anak murid telah sama atau melebihi guru itu,maka mulalah hilang rasa hormat dan yang tinggal hanyalah kenangan.Menurut ahli ilmuwan,seseorang guru itu dikira sebagai berjaya sekiranya dia mampu melatih anak muridnya supaya mempunyai kemahiran yang sama atau mengatasinya.Maka,kita perlu berterima kasih kepada guru tersebut kerana telah memberi tunjuk ajar kepada kita.Kita telah terhutang budi pada mereka,maka kita perlulah menghormati mereka serta menggunakan bahasa yang sesuai ketika berkomunikasi dengan guru kita.Bak kata pepatah,"yang kurik itu kundi,yang merah itu saga,yang cantik itu budi,yang indah itu bahasa".

Ust.Hj.Mansur Manni

Beliau adalah tokoh dalam Islamic Taekwondo Academy di Malaysia.Menurut rakan kenalan saya,sesiapa yang ingin meningkatkan kemahiran sparring untuk pertandingan,bolehlah meminta tunjuk ajar beliau untuk meningkatkan lagi prestasi.Beliau patut dicontohi kerana menggunakan taekwondo sebagai medium untuk mengembangkan jasmani dan rohani penuntut-penuntut ilmu taekwondo.

3 Lagenda

Dalam dunia taekwondo ITF malaysia,terdapat 3 jaguh handalan yang terkenal di seluruh pelusuk Malaysia oleh para peminat ilmu taekwondo kerana mereka jarang pulang dengan tangan kosong dalam pertandingan yang mereka sertai.Mereka ialah Muawiyah bin Salim/Awie
,Abdullah Jusoh/Pak Lah dan Faiz/Faiz Golok.Mereka adalah peminat seni taekwondo dan mempelajari seni ini semenjak zaman kanak-kanak lagi di bawah bimbingan dan tunjuk ajar Master Ariffin Zain.Masing-masing mempunyai teknik yang istimewa yang boleh dianggap sebagai hak cipta atau rekaan mereka sendiri.Kelebihan Faiz Golok ialah Jumping Back Kick Maut,Awie ialah Turning Kick Kepala Ular dan Pak Lah ialah Chopping Kick Mengejar Mangsa.Teknik inilah yang menggerunkan pihak lawan dan telah menjadi trademark mereka.

Master Ariffin Zain

Beliau adalah seorang yang telah lama berkecimpung dalam dunia seni mempertahankan diri.Saya percaya,kebanyakan guru-guru veteran pelbagai seni mempertahankan diri di Malaysia mengenali beliau.Master Ariffin telah memegang jawatan sebagai Presiden ITF Taekwondo Kelantan selama lebih dari 30 tahun hinggalah sampai sekarang.Beliau sendiri mempunyai pengalaman berlawan dengan 14 orang yang bersenjatakan parang menyerang beliau.Namun,beliau sedikit pun tidak cedera dan berjaya menewaskan mereka.Pada ketika peristiwa ini berlaku,beliau sudah pun berumur 59 tahun.Antara ilmu yang beliau mahir ialah seni tongkat ujungan,seni tekpi,tomoi siam dan taekwondo.Beliau digeruni ramai pada zaman muda-muda dahulu dan diberi gelaran
Abang Pin Misai Merah di negeri Kelantan.Beliau banyak terlibat dalam "street fight" kerana sering dicabar pada zaman muda-muda dahulu.Beliau jarang kalah dalam berlawan iaitu jarang pukulan pihak lawan mampu menyentuh tubuhnya.Cubalah bertanya pada guru-guru veteran anda sama ada guru anda mengenali "Master Ariffin Zain" atau "Abang Pin Misai Merah".

Bunga,Pattern,Taeguk,Kata

Dapat diperhatikan bahawa kebanyakan seni beladiri mempunyai jurus-jurus tertentu yang perlu diamalkan sentiasa.Tetapi,apa yang berlaku pada masa sekarang,kebanyakan pengamal beladiri hanya menghafal gerakan-gerakan tersebut supaya dapat lulus ujian kenaikan tali pinggang ataupun menghafal supaya dapat mengajar anak murid mereka.Perkara ini melarat sehingga buku manual dikeluarkan bagi memudahkan ilmu disampaikan.Selalunya ilmu diperturunkan secara lisan bagi menjaga kualiti dan salasilah pengaliran ilmu tersebut.Namun demikian,pelbagai perkara berlaku yang mengundang perkara ini.Mungkin ada baiknya dilakukan perkara seperti ini supaya sistem pengajaran dan pembelajaran lebih sistematik.Apa yang ingin saya nyatakan ialah segala gerakan itu perlulah dijadikan amalan supaya dapat membiasakan diri dengan sistem beladiri tersebut.General Choi Hong Hi pernah berkata,"Pattern is the seed of taekwondo,Without pattern,taekwondo does not exist" dan "pain is the best teacher,but no one wants to go to his class".

Makna Seni Beladiri

Apakah maknanya?Adakah kita melihat seseorang yang bertubuh sasa,kita boleh mengatakan bahawa dia adalah individu yang mempunyai kemampuan untuk menjatuhkan kita?Persoalan ini adalah sangat subjektif.Ianya terpulang pada individu itu sendiri.Makna asal seni beladiri ialah,adakah dengan ilmu yang ada pada kita,mampukah kita membela diri kita sendiri.Sebenarnya,ilmu beladiri dicipta khas supaya orang yang lebih lemah,mempunyai kelebihan keatas orang yang lebih kuat atau pantas daripadanya.Oleh itu,ilmu seni beladiri perlulah diamalkan dengan bersungguh-sungguh supaya dapat digunakan apabila tiba masanya.

Taekwondo

Kebanyakan pesilat memandang rendah kepada pengamal taekwondo kerana pada pandangan mereka,kelemahan taekwondo terletak kepada tendangan tinggi.

Saya diberitahu oleh sahabat saya yang menghadiri kursus jurulatih dan pengadil peringkat kebangsaan 2010 yang mengatakan bahawa tendangan tinggi sebenarnya adalah sampai paras dagu sahaja.



Contohnya turning kick atau tebar jala dan slap kick atau sepak layang adalah bagi menendang bahagian gegendang telinga,belakang telingan,bahagia belakang kepala dan tengkuk.

Manakala sidekick atau tendang juring disasarkan pada halkum dan bahagian bawah rusuk pihak lawan.Kejohanan taekwondo iaitu sparring hanya memberikan sedikit pengenalan sahaja kepada beladiri taekwondo.Ianya boleh disamakan dengan silat olahraga.


Bolehkah kita mengatakan bahawa silat olahraga melambangkan silat itu sendiri?Sudah tentu tidak.Bahkan terdapat perselisihan pendapat antara guru-guru silat bahawa silat olahraga boleh menggugat martabat kehebatan ilmu serta dunia persilatan itu sendiri.

Tumbuk Lurus

Gerakan ini merupakan asas bagi majoriti seni beladiri yang terdapat di dunia ini.Ianya sering dipandang remeh kerana dikatakan sangat mudah dilakukan.Namun,setelah lama mengamakan ilmu beladiri,kita akan dapati kepentingan tumbuk lurus.Oleh itu,kebanyakan rahsia beladiri terdapat pada asas seni itu sendiri dan gerakan peringkat yang lebih tinggi mempunyai kaitan dan kesinambungan dengan asas tersebut.Seseorang yang menguasai ilmu beladiri akan dapat lihat perkaitannya.Baginya,tersingkaplah segala rahsia sehingga pada pandangannya,rahsia kemahiran yang luarbiasa terdapat pada gerakan yang biasa.Apabila telah tiba masanya,pengamal beladiri akan dapat melihat kaitan tersebut dengan sendirinya.

Kekuda

Mempunyai kekuda yang kukuh adalah syarat asas bagi mana-mana individu untu menguasi sesuatu gerakan dengan baik.Terdapat ahli seni beladiri diri berlatih hanya dengan duduk kekuda 30minit hingga 3 jam sehari.Latihan ini dilakukan paling kurang 3 bulan hingga 3 tahun.Selepas itu,barulah kemahiran dan teknik-teknik beladiri diajar.Dengan ini,barulah seseorang pakar beladiri dapat dilahirkan ke dunia ini.

Membandingkan Ilmu Beladiri Yang Berbeza

Kita sepatutnya tak perlu melakukan perkara seperti itu kerana sesuatu ilmu seni beladiri tak pernah kalah,yang kalah atau menang hanyalah pengamalnya.

Ilmu Untuk Diamalkan,Bukan Untuk Dipertandingkan

Setiap individu mempunyai pandangan masing-masing mengenai pernyataan tersebut.Maka,ini adalah pandangan saya sendiri.Apabila seseorang itu berada diatas tempat yang tinggi,maka selalunya apa yang dia nampak hanyalah apa yang ada dibawah.Apa yang dia nampak adalah kekurangan yang ada pada orang,bukan pada diri sendiri.Walhal,setinggi mana pun kita mendaki,tempat kita tetap berada dibawah pada akhir hayat kita,iaitu dalam perut bumi.Seorang ahli ilmuwan pernah berkata,"Mengapa Manusia Berjalan Dengan Begitu Angkuh Di Muka Bumi Ini Padahal Dia Dijadikan Daripada Setitis Air Mani Yang Hina Yang Kemudiannya Akan Menjadi Bangkai".

Guru Hanya Menurunkan 9/10 Ilmu Kepada Murid

Ramai orang berfikir,mengapa guru hanya menurunkan hanya 9/10 ilmu kepada muridnya.Jawapan-jawapan yang difikirkan oleh kebanyakan orang tidak perlulah saya huraikan disini.Hakikatnya,memang guru tersebut hanya mampu menurunkan 9/10 ilmu sahaja.Ilmu-ilmu tersebut adalah teknik-teknik,petua,nasihat,beserta doa-doa untuk dibuat amalan.Jadi,apakah 1/10 lagi ilmu tersebut? 1/10 lagi ilmu tersebut ialah dari diri kita sendiri,iaitu kesungguhan serta kesabaran untuk mengamalkannya.Apabila 9/10 + 1/10=10/10=1.Ini bermakna ilmu tersebut telah sebati dengan diri kita.

Seni Beladiri

Pada pendapatku.satu-satunya cara untuk meningkatkan ilmu seni mempertahankan diri ialah dengan melakukan latihan secara berterusan dari semasa ke semasa.Seseorang pakar beladiri mungkin mempunyai ilmu yang tinggi,tetapi sekiranya ilmu itu tidak diamalkan maka,ianya tidak dapat digunakan dengan efektif apabila situasi yang memerlukan ilmu tersebut berlaku.Walaubagaimanapun,seseorang pakar beladiri itu masih mempunyai keupayaan untuk menurunkan ilmunya kepada orang lain untuk diamalkan.Umumnya,seseorang pakar beladiri akan memilih teknik-teknik tertentu yang ingin dikuasai olehnya.Hampir mustahil untuk menguasai semua kemahiran yang ada dalam seni mempertahakan diri.Oleh itu,seseorang individu itu perlulah memilih beberapa teknik yang pada pandangan peribadinya adalah efisien.