Popular Posts

Wednesday, January 19, 2011

Penghayatan Ilmu Beladiri

Untuk menguasai sesuatu teknik atau kemahiran dengan baik,maka kita perlulah mengetahui sebab disebalik pergerakan itu dan tujuan ianya dilakukan serta gerak langkah dan juga sasaran utama teknik tersebut sama ada untuk menimbulkan ilusi atau pun sebagai salah satu transisi daripada set pergerakan tertentu yang akan men capai objektif yang diingini sekiranya dilakukan dengan betul.

Maka dengan ini,perlulah mempunyai ilmu mengenai falsafah teknik tersebut atau seni itu sendiri.Dengan adanya falsafah dan memahami makna falsafah itu dengan bail,akan menambahkan keyakinan kita sewaktu melakukan teknik2 yang dipelajari serta kita akan dapat mengetahui mengapa teknik itu tidak berkesan pada waktu2 tertentu atau pun sekiranya dilakukan,tidak mendapat hasil yang diingini.

Apabila kita memahami pergerakan itu,maka dengan secara sendirinya pemahaman kita akan menjadi panduan kepada kita untuk memantapkan lagi pergerakan itu,atau sekurang-kurangnya mempunyai keupayaan untuk melakukan sesuatu teknik dengan betul dan mencapai objektif yang diinginkan.

No comments:

Post a Comment