Popular Posts

Thursday, August 25, 2016

Pendekar Tongkat Emas



Saya baru saja selesai menonton cerita Pendekar Tongkat Emas. Ia mengisahkan tentang kehebatan Perguruan Tongkat Emas. Dan  watak utama cerita ini iaitu Dara( Eva Celia), dipilih sebagai pewaris tongkat emas. Sebagai pewaris, Dara akan diperturunkan jurus terakhir dan terunggul dalam Perguruan Tongkat Emas yang dinamakan Jurus Melingkar Bumi.

Kebetulan pula saya juga mempelajari Perguruan Tongkat Ujungan dan merupakan pewaris perguruan tersebut.

Saya tertarik dengan pesan Cempaka, iaitu guru kepada Dara, berpesan bahawa semakin  tinggi ilmu seseorang semakin kerap dia diserang dari belakang.

Seni tongkat amat sukar dikuasai. Ianya mempunyai jurus2 yang bersifat ilusi untuk mengalihkan perhatian lawan, jurus2 untuk persembahan semata2 dan pelbagai aneka jurus untuk menewaskan pihak lawan.

Variasi seni tongkat amat banyak kerana keseluruhan tubuh badan tongkat itu boleh dipegang di dimanipulasi mengikut jurus2 tertentu.

Tongkat juga mempunyai pelbagai panjang yang berbeza.

Ada aliran yang menjadikan tongkat sebagai ilmu tertinggi dan ada pula yang menjadikannya sebagai asas sebelum menggunakan senjata tajam. Contohnya mahir menggunakan asas tongkat, barulah dapat mempelajari parang, atau mahir menggunakan asas tongkat panjang barulah mempelajati tombak. Ini saya lihat sebagai aspek keselamatan bagi mengelakkan kecederaan ditetak atau dihiris semasa berlatih.

Itu sahaja.

No comments:

Post a Comment