Popular Posts

Sunday, August 7, 2011

Ilmu itu mengalir sendiri kah?

Kalau kita cuba mengambil sesuatu yang bukan hak kita,pasti kita akan terasa kesannya.Jika suatu jawatan itu tidak layak untuk dipegang,namun jatuh ke tangan kita,berusahalah menjaganya.Seringkali diri ini terfikir,bagaimana pula dengan situasi berusaha mengambil suatu jawatan atas dasar memperjuangkan sesuatu,namun diri sendiri tidak mampu untuk memegang sesuatu,walhal ada dalam kalangan mereka yang lebih layak,tetapi sengaja tidak diberi peluang..Apakah makna itu? Bagi yang berjuang,perlulah sedar keupayaan diri dan keupayaan orang lain.

Terfikir juga,misteri ilmu yang kadang-kadang ilmu itu sendiri seolah-olah tidak meresap di dalam diri, di dalam  sanubari,walaupun ada di depan mata,diri seolah-olah buta.Sampai masanya,ilmu itu tersingkap dan jatuh pada seseorang.Aku tertanya,apa syarat-syarat yang membolehkannya memperolehi ilmu itu?Sungguh misteri...Mereka yang lebih lama berkhidmat,tapi tidak memperolehi,mereka yang berkhidmat pada saat akhir,tersingkap pada mereka walaupun hanya berkhidmat untuk seketika,jauh sekali untuk dikatakan banyak  berjasa.

Ilmu itu ibarat singa yang garang...Untuk mendapat singa yang garang itu,mungkin pada pandangan saya,bertemu dengan pemilik singa itu sendiri.Dapatlah diketahui bagaimana untuk memiliki juga singa yang garang tersebut.Sekiranya singa itu mengenal siapa sahabat kepada tuannya,menjadi kemungkinan bahawa singa itu juga akan jinak dan berbaik-baik dengan sahabat tuannya.Mungkin singa itu mengetahui siapakah sahabat yang sebenar,siapa sahabat yang onar.Misteri ini membuat diri terasa aneh dan unik apabila situasi ini di alami.Namun,berasa bertuah kerana berpeluang memiliki singa yang garang tersebut.

No comments:

Post a Comment