Popular Posts

Saturday, August 28, 2010

10 Kemahiran

Bagi mana-mana pakar dalam dunia beladiri,secara umumnya,sama ada secara sedar atau tidak,mempunyai 10 kemahiran iaitu :

3 kemahiran menyerang
3 kemahiran bertahan
3 kemahiran komunikasi
1 Lari................

Terpulang pada individu untuk mengisi 9 kemahiran tersebut dengan memilih mana-mana teknik yang pernah dipelajari olehnya sebelum ini.Klu ini diberi untuk difikirkan dengan secara mendalam oleh diri sendiri.Tepuk dada,tanya selera,tepuk kepala,tanda pening?? Fikir-fikirkanlah.

Friday, August 27, 2010

Fokus Latihan

Oleh kerana aku merupakan pengamal taekwondo,maka aku perlulah berlatih pattern supaya kemahiran yang ada pada diriku dapat diasah.General Choi Hong Hi,The Founder of Tae Kwon Do berkata,"Pattern is The seed of Taekwondo,Without Pattern,Taekwondo Does Not Exist".Maka fokus pada tahun 2010 yang tinggal 4 bulan sahaja lagi,akan digunakan untuk menajamkan kemahiran pattern,iaitu :

Saju Jirugi,Saju Makgi,Chon Ji,Dan Gun,Do San,Won Hyo,Yul Gok,Joong Gun,Toi Gye,Hwa Rang,Choong Moo,Kwang Gae,Po Eun,Ge Baek,Eui Am,Choong Jang,Juche,Sam Il,Yoo Sin,Choi Yong.

Diharap ada perubahan yang positif...

Apakah Seni Beladiri Yang Paling Hebat?

Persoalan di atas di tanya oleh seorang sahabat saya kepada pembentang topik
"Martial Arts : Taekwondo",dalam subjek Exercise Physiology.Kami merupakan pelajar Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan,oleh itu,setiap ahli dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil.Walaupun saya membentang topik,"Football",tetapi jawapan yang ingin saya berikan ialah,bergantung kepada pengamal beladiri itu sendiri,sungguh pun demikian,ilmu yang ada dalam dada perlulah mencukupi kerana setiap teknik kita boleh dipatahkan oleh ilmu kita dan juga ilmu dari beladiri yang lain.Maka tuntutlah ilmu dengan berguru,amallah ilmu yang dituntut,dan gunalah ilmu yang diberi dengan baik,ajarlah ilmu kepada mereka yang mahu belajar,serta jagalah jasmani dan rohani dengan menggunakan agama sebagai benteng utama.

Tuesday, August 24, 2010

Antara Ahli Beladiri Yang Pernah Saya Berjabat Tangan

Inilah antara ahli beladiri yang saya pernah berjabat tangan.Oleh sebab saya cubalah watak sampingan dalam dunia beladiri,maka,individu yang sebutkan,kemungkinan besar sudah tidak mengingati saya lagi.

0.Sir Vijindran dan Sir Sanjaykumar(WTF Negeri Selangor,2003-2005)
-grading dari putih hingga hijau

1.Ariffin Mohd Zain(Presiden ITF Taekwondo Negeri Kelantan,2006-sekarang)
-grading dari hijau hingga 2nd Dan
2.Tok Ayah Sor(Waris Mutlak PSSGM Negeri Kelantan)
3.Che Suhaili Che Soh
4.Shaiful Hakim
5.Ku Rashid
6.Tuan Sanusi
7.Cikgu Ariffin PSSGM Pahang(di rumahnya dan di kompleks belia pahang tahun 2008)
8.Master Mufti Ansari(semasa seminar gayong di UIA,tahun 2010)

Itulah yang saya ingat setakat ini..huhu..berlaku secara kebetulan kot...

Perfecting 9 Skills of Tae Kwon Do

Dalam Tae Kwon Do,anda perlulah menguasai 9 kemahiran ini bagi membolehkannya menjadi praktikal dan cukup kuat kuasa serangan supaya dapat digunakan pada saat-saat anda memerlukannya.Setiap kali anda berlatih,cubalah lakukan 50 ulangan,kiri dan kanan.Antara 9 kemahiran yang perlu dikuasai dan mengambil sehingga 10 tahun untuk dikuasai ialah :

1.Straight Punch
2.Front Kick
3.Side Kick
4.Turning Kick
5.Slap Kick
6.Back Kick
7.Hook Kick
8.Chop Kick
9.Reverse Kick

........................The Journey of a Thousand Miles Starts With a Single Step..........................................

Teknik Peringkat Yang Lebih Tinggi Dari Biasa

Pada peringkat tinggi yang dimaksudkan adalah bukan status tali pinggang atau jawatan yang dipegang olehnya dalam sesuatu persatuan,tetapi merujuk kepada kemahiran individu itu sendiri.Hanya diri sendiri yang mengetahui kemampuan diri.Oleh itu,ingin diterangkan bahawa untuk melakukan sesuatu kemahiran,kata kunci amatlah diperlukan.Dengan kata lain ialah petua atau nasihat.Untuk melakukan sesuatu kemahiran,kelembutan amatlah diperlukan.Untuk memahami dengan lebih mendalam makna kelembutan itu,cubalah anda lihat dan bandingkan pergerakan anda,kawan-kawan serta jurulatih muda dan jurulatih vetera.Saya pasti terdapat perbezaan yang ketara melalui pengamatan anda.Itulah kelembutan yang dimaksudkan.Sekiranya diterangkan dengan mendalam juga sukar untuk difahami,maka,anda perlulah menyelami kelembutan itu sendiri dan cuba untuk menguasai sesuatu kemahiran dengan menggunakan kelembutan tersebut supaya pada akhirnya,kesemua kemahiran itu dapat disimpulkan dan dapat digunakan dengan mudah seperti main permainan gunting,batu,kain.Fikirlah dengan mendalam maksud tersirat yang ingin saya sampaikan.Akan saya huraikan topik ini di lain kali.

Friday, August 20, 2010

Meningkatkan Koordinasi Mata dan Tangan

Bagi pengamal ilmu silat,koordinasi mata dan tangan amat penting untuk melakukan sebarang pukulan mahupun kuncian dengan baik.Antara latihan yang disarankan ialah melukis bulat dengan tangan kiri dan melukis empat segi sama dengan tangan kanan atau sebaliknya secara serentak.

Wednesday, August 11, 2010

Anak Murid Makan Guru

Bagiku,segala ilmu yang diajar adalah supaya muridku dapat mengatasiku,ataupun sama peringkat denganku,barulah aku dikira seorang guru yang berjaya.Namun,pada persepsiku,sekiranya muridku melawanku,menumbangkanku lalu menewaskanku hanya untuk menjatuhkan reputasi dan namaku,maka aku tidak kesal sedikitpun.Kesilapan yang dilakukan adalah kegagalannya menjadi seorang murid yang baik kerana ingin membuktikan kehebatannya lalu mencari nama.Apabila peristiwa itu berlalu,aku harap agar muridku akan menyedarinya suatu hari nanti.Minta Maaf?Itu tidak perlu,aku tidak berkira soal itu.Yang penting aku doakan agar sedikit sebanyak ilmu yang aku ajar,dapat memberi manfaat kepadamu bila tiba masanya.Sekian.

Thursday, August 5, 2010

Antara Ilusi Dan Realtiti

Sewaktu kita berlawan,atau sewaktu kita berlatih sesuatu set pergerakan,apa yang kita lihat dan rasa,selalunya tidak sama dengan orang lain.Contohnya ketika pertandingan sparring,point of view individu yang berada dalam gelanggang adalah berbeza.Ketika berada di luar,kita dapat melihat kekurangan setiap peserta yang sedang bertarung,manakala yang sedang bertarung kadang-kala tidak sedar perkara tersebut.Maka,minda yang fokus amat diperlukan bagi mentafsir sesuatu keadaan dengan betul.Cubalah berfikiran terbuka dan bersedia untuk menerima sebarang kritikan dari sesiapa sahaja sama ada positif dan negatif supaya kita dapat memperbaiki diri kita.Janganlah dipengaruhi oleh ilusi,"Aku Sudah Pandai".Beranikan diri untuk menerima kekurangan diri dengan sejujurnya.Ahli falsafah pernah berkata,"Seseorang itu menjadi bodoh pada saat dia berkata pada dirinya,Aku Telah Pandai".

P.A.R

Inilah salah satu dari ilmu yang diperturunkan oleh Master Ariffin Zain.Formula ini boleh diaplikasikan dalam seni beladiri,mahupun dalam situasi seharian.P.A.R merupakan singkatan bagi Planning,Attack,Recover.Nampak sangat mudah,tetapi mempunyai banyak makna yang tersirat.Maksudnya dari segi pemahaman peribadi saya ialah,Berfikir sebelum bertindak,Serang Secepat Kilat,dan Berundur Setelah Selesai.Falsafah ini juga boleh disesuaikan dengan kata-kata yang pernah diucapkan oleh seorang veteran guru silat seni gayong semasa di kem PLKN UUM,Sintok,Kedah kepada saya iaitu,"Buah Labu Buah Kundur,Kau Maju Aku Undur".

Pattern

Dalam taekwondo,ramai pelajar lebih memfokuskan pada sparring,dan pattern hanya dipelajari dan diingati ketika ujian kenaikan tali pinggang hampir tiba.Agak menghampakan apabila ramai tali pinggang senior yang masih tidak dapat mengingati pattern yang sebelumnya.Namun situasi ini mungkin berlaku akibat kekangan masa yang tidak mengizinkan.Walaubagaimanapun,perlulah kita ingat bahawa,pengasas taekwondo,General Choi Hong Hi amat menitikberatkan penguasaan pattern.Tanpa pattern,taekwondo tidak wujud.Dengan kata lain,seseorang yang tidak mengamalkan pattern hanyalah mempelajari kemahiran menendang dan menumbuk,tetapi tidak dapat menguasai serta menghayati "The Essence of Taekwondo" dalam diri mereka.Akhir kata,it's never too late to change yourself,and strive to improve yourself eventhough it takes time.

Wednesday, August 4, 2010

Ketenangan

Sewaktu berlatih,minda kita perlulah tenang.Ada seseorang ahli beladiri pernah berkata,seorang yang mempunyai banyak pengalaman dalam beladiri,dapat mengetahui sifat seseorang itu melalui jurus-jurus,gerakan,bunga,ataupun pattern yang dipersembahkan oleh individu tersebut.Maka,perlulah kita betul-betul meluangkan masa hanya untuk mencari ketenangan dengan berlatih.Apabila kita mencari ketenangan dengan berlatih,secaa tidak langsung kita akan menjadi tenang setiap kali kita berlatih.Dan,teknik-teknik yang dilakukan oleh kita,secara sendirinya mempunyai ketenangan yang dapat dirasai oleh diri sendiri dan juga orang lain yang melihat kita melakukan gerakan tersebut.

Peneraju Dunia Beladiri

Ramai yang berkata atau memberikan pendapat sendiri dengan mengatakan bahawa mereka adalah lebih hebat dari....................dan mereka juga lebih banyak ilmu,kemahiran dan lebih layak memegang sesuatu tali pinggang,bengkung ,jawatan atau sandang.Terdapat juga kebenaran disebalik pernyataan itu.Namun,persoalan yang timbul ialah,mengapa kita tidak menjadi individu yang mempunyai jawatan atau sesuatu yang seumpamanya?Kita patut berfikir dan muhasabah diri kita,iaitu dengan berfikir,apakah yang telah dilakukan oleh individu tersebut yang kita tidak lakukan.Ternyata,mereka lebih banyak memberikan komitmen,mempunyai nilai-nilai yang lebih baik yang menjadikan mereka sesuai memikul tanggungjawab yang diberi.Mereka sanggup mengorbankan wang ringgit demi memastikan sesuatu program atau aktiviti dapat berjalan dengan baik,meskipun mereka mengalami kerugian.Jasa seperti ini amat bermakna kepada organisasi.Tidak dapat dinafikan kemungkinan berlakunya kepincangan yang menyebabkan mereka terpaksa menggunakan wang sendiri,namun,haruslah kita berfikir dari sudut yang positif,mengambil iktibar mengenai segala kekurangan yang berlaku agar pengurusan dapat berjalan dengan lebih lancar demi kepentingan dan manfaat semua pihak.

Rakka

Konsep ini bermaksud,bagai kelopak bunga yang berguguran.Maknanya,serangan yang kuat,sehingga bunga2 pada pokok jatuh berguguran.Dengan kata lain,satu serangan yang padu,yang boleh menjatuhkan musuh dengan satu serangan sahaja.Cara untuk menguasai kemahiran ini ialah dengan menfokuskan pada satu teknik,dan berlatih sahaja teknik yang sama,sehingga mencapai tahap kekuatan yang diinginkan.Memang sangat membosankan..Tetapi,selalunya,untuk menguasai teknik ini,kebanyakan pakar beladiri pun akan memilih mana-mana teknik yang asas untuk dikuasai.

Seni Tongkat

Sepatutnya,pada pandanganku,seni tongkat adalah satu seni yang patut dipelajari oleh semua orang.Ini perlu kerana senjata yang seakan-akan tongkat mudah didapati dimana-mana sekiranya kita memerlukannya dalam keadaan terdesak untuk membela diri kita.Kata guruku,iaitu Ariffin Zain,,"kalau 1 lawan 1,okey lagi,kalau 1 lawan 2,tak berapa okey,kalau satu lawan 3,memang tak okey terus.Sebab itu kita ada tongkat.Dengan ada tongkat,kalo ada 5,6 atau 10 orang lawan kita seorang pun tak apa lagi."Beliau adalah pakar dalam Seni Tongkat Ujungan.Katanya lagi,"berapa banyak buah,atau senjata apa yang lebih banyak buah tak penting.Biar buah kita sedikit,yang penting,menjadi bila kita guna."

Monday, August 2, 2010

Kaki dan Tangan

Ada pepatah mengatakan,sekiranya dibuat perkiraan sebanyak 10 kali,maka tangan adalah 9 kali,dan kaki ialah sekali.Antara sebabnya ialah,teknik tangan lebih mudah dilatih walaupun terdapat banyak gerakan yang agak sukar untuk dikuasai.Manakala kali 1 kali bukan bermakna kekurangannya,tapi menunjukkan bahawa sekiranya seseorang ingin menguasai teknik yang menggunakan kaki sebagai serangan,maka,usaha keras dan latihan yang diperlukan adalah 9 kali ganda,barulah mencapai tahap minimum yang diperlukan untuk berlawan.Sudah tentu,banyak teknik yang memerlukan gabungan kedua tangan dan kaki,maka,teknik tersebut hanya dapat dikuasai dengan lebih baik sekiranya kita memecahkan kepada dua bahagian dan lebih fokus kepada satu-satu bahagian untuk satu jangka masa yang ditetapkan oleh individu tersebut mengikut kesesuaian dan matlamat yang ingin dicapai.

Mizu no Kokoro

Teknik-teknik yang dilancarkan perlulah mempunyai flow atau dengan kata lain,antara dua teknik,terdapat transisi yang sesuai,sekiranya bergabung,kelihatan biasa,namun menghasilkan kesan yang positif kepada kita sewaktu berlatih.Contohnya,kita bolehlah melakukan regangan dengan menggunakan gerakan-gerakan dalam silat sebagai teras.Selain itu,gerakan tersebut bolehlah dilakukan secara perlahan-lahan sambil membiasakan diri dengan pernafasan bagi gerakan tersebut.Minda juga perlulah tenang ibarat falsafah,'mizu no kokoro',iaitu setenang permukaan air yang membalikkan sinaran bulan.Apabila permukaan air tidak tenang,kita tidak dapat melihat ilusi bulan dengan baik.Maka,aplikasinya adalah sama apabila kita berlatih.

Sunday, August 1, 2010

Pengalaman

Seseorang ahli beladiri mungkin mempunyai pelbagai kemahiran atau ilmu di dalam dada.Namun,tanpa berdepan dengan situasi yang sebenar,kita tidak dapat tahu,adakah kita mampu melakukannya.Saya bukan mengatakan bahawa sesuatu teknik itu tidak berkesan,tetapi apa yang ingin saya tekankan disini ialah adakah individu tersebut mampu melakukan teknik tersebut di saat ianya diperlukan.Maka,ingin saya katakan bahawa terdapat tiga perkara utama yang harus dimilik oleh setiap ahli beladiri iaitu keberanian,teknik dan kekuatan.Apabila seseorang itu mempunyai ketiga-tiga perkara ini,maka,setiap situasi yang berlaku,pasti dapat ditangani dengan baik.3 perkara ini boleh juga diaplikasikan dalam kehidupan seharian.Kesimpulannya,pengalaman yang diperolehi mampu membuat kita berfikiran dengan lebih luas mengenai 3 perkara ini.Janganlah menjadi individu yang hanya mampu bercakap tapi tidak mampu bertindak,ibarat,"barking dogs,seldom bite".

Tunjuk Pandai dan Tunjuk Ajar

Amat berisiko sekiranya kita datang ke tempat orang lain dan menunjuk-nunjuk kemahiran kita supaya mendapat pujian serta nama.Kemungkinan bahawa tempat yang kita lakukan tersebut rupa-rupanya mereka semua mempunyai kemahiran yang lebih tinggi dari kita.Maka,akan hilang air muka kita.Oleh itu,perkara yang patut kita buat ialah meminta tunjuk ajar dari mereka di kawasan tersebut.Sudah tentu terdapat ilmu atau gerakan yang belum pernah kita lihat di tempat-tempat lain.Maka,kita haruslah berfikiran terbuka dan melihat pergerakan tersebut tanpa menilai dengan secara tidak adil pergerakan tersebut atau mencemuhnya.Jangan kita menganggap ilmu kita sudah tinggi kerana kita tidak tahu setinggi manakah lagi ilmu yang ada pada orang lain.Maka,sesuailah jika saya kata,"kalau kail panjang sejengkal,jangan lautan hendak diduga".